حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلَاةِ

Jurang Saf Terawih

Semalam, malam keempat Ramadhan saya dan suami solat di masjid Universiti Darul Iman seperti biasa. Di sebelah saya selepas lapan rakaat seperti biasa nenek-nenek yang tekal meneruskan solat hingga dua puluh rakaat. Saya mengambil ruang kosong di antara makcik-makcik atau nenek-nenek yang kuat itu. Hati saya ingin sahaja meneruskan bisikan hati menyuarakan kepada nenek di sebelah kiri saya agar dapat dirapatkan jarak yang sangat jarang di antara kami. Namun saya tahan perasaan saya demi tidak menjadi su’ul adab. Namun perasaan saya akhirnya akur dengan keperluan merapatkan saf.

Saya selepas itu cuba dengan selembut mungkin menyapa nenek di sebelah sambil membantunya merapatkan sejadah di antara kami. Nenek tersebut yang pada mulanya menyangka saya ingin menyalaminya membuat saya tersenyum sendiri. Alhamdulillah, sekurang-kurang jarak kami selepas itu tidak terlalu ketara dan membuatkan hati saya makin lapang, khusyu’ dan tenang untuk meneruskan solat selepas itu.

Selesai solat saya saya bercerita kepada suami jika ada perkara yang paling saya rindukan menyambut Ramadhan di Terengganu ialah suasana intim dan mesra Sunnah di masjid UIA. Daripada bacaaan qarinya, qiam di masjid dari awal hingga akhir Ramadhan hinggalah kepada kekuatan ukhuwah di kalangan para Jemaah yang datang dari pelbagai negara. Jika di UIA kami gelar Mini  Mekah atau separa suasana di Mekah sepanjang Ramadhan terutamanya.

Suasana Berulang