Archive for the 'Self Reflection' Category
Dia Menangis Lagi

Kelmarin dia menangis lagi. Kali ini dia benar-benar menghambur segala rasa. Bagai terluah segala yang menyakitkan. Dia mahu keluar dari lubang itu. Lubang yang dalam, yanag andai terjatuh betapa payahnya mahu mendaki kembali semula. Betapa jerih membersihkan lumpur dan selut itu.
Dia telah sedaya munkin mencari jalan yg bukan mudah untuk keluar dari lubang itu suatu masa dahulu. Kali ini dia telah terjatuh lagi. Setelah dia menatap indahnya langit ciptaan Tuhan. Setelah dia menghirup wanginya haruman bunga. Setelah dia cicipi nyamannya bayu menghembus kalbu. Setelah dia nikmati bahagianya hidayah Allah. Dia teresak disampingku.
Tangisannya pecah jua.
Ya Shakkur
Syukur

Sebenarnya saya selalu-selalu ingin menangis mengenangkan banyak perkara. Tentunya, terutama nikmah yang Allah beri pada saya dan kurangnya syukur saya pada Allah.
Saya bersyukur dikurnia ibubapa yang sentiasa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya.
Saya bersyukur punya buah hati pengarang jantung, 8 adik-adik yang sihat belaka.
Saya bersyukur diberi Allah izin menjadi isi Universiti Al-Azhar dan Taman Ilmu dan Budi.
Saya bersyukur mendapat teman dan taulan dari segenap penjuru dunia.
Saya bersyukur punya ramai sahabat yang baik budi, indah akhlaknya dan lebih banyak memberi dari menerima.
Saya bersyukur punya anak-anak murid dari pelusuk dunia yang saya kasih sepenuh jiwa dan raga saya.
Saya bersyukur kini, punya suami yang sentiasa berlemah-lembut, sabar, rendah jiwa, sentiasa ingin menggembirakan saya dan menerima saya seadanya.
Saya bersyukur saya yang hina dina ini masih diberi Allah nikmah sedemikian rupa.
Saya bersyukur sementelah saya berdosa, kasih Allah masih tidak putus mengekori saya.
Ya Shakkur, ya Shakkur, ya Shakkur.
Ramadhan 27: Hari-Hari Terakhir Ramadhan

Oleh: Salman Amiruddin
Monolog Fajar 27 Ramadhan
Hari-hari terakhir Ramadhan memang mengundang rasa yang pelbagai. Menelusuri denai-denai akhir ini membawa jiwa yang sedar tentang nilainya sebuah kesedihan atau kegembiraan. Semuanya hanya mampu di tentukan oleh diri dan persiapan pada awal waktu ketika Ramadhan baru bermula. Bagi diri yang bersedia pada awalnya, mengisinya dengan ibadah yang penuh penghayatan, pastilah ketenangan dan kegembiraan benar-benar terkesan di jiwa.
Berbeza dengan jiwa ini, yang jika mampu di gambarkan, seumpama seseorang yang tertinggal. Di tinggalkan seorang kekasih pastinya meruntun jiwa apatah lagi kekasih itu pernah menawarkan peluang untuk dirinya di cintai. Dangkal benarlah diri ini kerana kekasih itu diburu ramai apatah lagi ramai yang bersungguh-sungguh mahu mendampinginya. Jahil benarlah diri ini sebab kesempurnaannya di ketahui semua tapi diri ini seolah-olah buta dari menghayati kesempurnaannya.
Pesan Imam Al-Ghazali
Itulah yang meruntun hati di fajar 27 Ramadhan ini. Tambah menyesakkan jiwa bila menatap kata-kata Imam Ghazali (450-505H) di penghujung kitab beliau “Mau’izhoh Muslimin” tatkala membicarakan tentang kenikmatan abadi di syurga:
Alangkah peliknya diriku melihatkan seseorang yang meyakini adanya satu tempat yang penuh kenikmatan seperti itu,mengetahui bahawa yang menempatinya tidak akan mati dan tidak akan merasakan kesengsaraan lagi, bagaimana jiwa mereka masih tunduk,cenderung dan cinta pada suatu selainnya.
Doa Di Akhir Ramadhan
Ya Allah, bantulah aku untuk mengingatiMu, mensyukuri nikmatMu dan memperbaiki penghambaanku terhadapMu.
Moga cintaku bukan palsu.
Ramadhan 9: Hilangkan Sifat Keakuan

Ramadan Dua: DAY 10 :
ALLAH, on this day, make me, among those who rely on You, from those who You consider successful, and place me among those who are near to you, by Your favor, O goal of the seekers.
Setiap dari ciptaan Allah merupakan hasil tajalli dr sifat Allah. Allah bersifat Rahim jesteru dipercikkan sifat Rahim itu kepada ibu. Allah bersifat Jamal jesteru diberi jamal kepada ciptaannya gunung-ganang, sungai, bunga dan manusia. Setiap dari kejadian, ciptaan, kedukaan, kegembiraan, kebahagian yang diberi dan dujia Allah kesemuanya mengandungi rahsia dan hikmah ilahiyyah. Allah mencipta dan memberi segalanya supaya kita mengembalikan semuanya kepada Allah. Kembali kepada keEsaannya. Menyelongkar rahsia dan hikmah kehambaan kepada Allah.
Sepertimana solat terawih 8 rakaat dan 20 rakaat bilangan bukan isunya kerana keduanya telah ditunjukkan oleh SalafunaSoleh namun the essence and the journey ubudiyyah kita, hingga kita berjaya menanggalkan keakuaan kita dengan hanya melihat keagungan dan keEsaan Allah dan menikmati keindahan beribadah denganNya dengan merasakan kehinaan kita sebagai hambaNya. Hingga bukan bilangan rakaat yang dikira dan dirasa namun nilai ubudiyyah dengan hanya melihat kepada keagungan Allah dirasa.
Segalanya milik Allah. Kita tidak punya apa dan tidak memiliki apa. Diri kita adalah milik Allah, jesteru segala apa yang terjadi juga seharusnya kita kembalikan kepada Allah dengan membawa kita berfikir akan hikmah Ilahiyyah di sebalik semuanya. Tanpa kita sandarkan kepada diri kita sedikit pun.
Setiap apa yang kita rasai dan alami juga merupakan tujahan tarbiyah Allah terhadap sikap keakuan dan nafsu kita. Kepedihan kita, kesakitan yang kita alami merupakan tarbiyah nafsu dan sepatutnnya setiap kali kita mengalaminya kita katakan ini adalah ditujukan kepada nafsu kita. Ia untuk mendidik nafsu Sehingga proses situ berjalan terus sehingga kita tidak merasa kesakitan itu dan tidak menyandarkannya kepada diri kita. Ianya tidak menyentuh sedikit pun akan hati kita sebaliknya ia belegar di luar dari hati kita.
Ramadhan Week One: A Self Reflection

Time is flying like a blowing wind and with a blink of eyes we have reached the 9 night of Ramadhan.
Brother Irving collection of 30 Daily Ramadan Prayers undoubtedly has amused me which made me choose the day 9 prayer for me to ponder and melted myself in front of HIM.
Ramadan Dua: DAY 9
ALLAH, on this day, grant me a share from Your mercy which is wide, guide me towards Your shining proofs, lead me to Your all encompassing pleasure, by Your love, O the hope of the desirous.
Self Reflection
After tarawih my husband asked me:”How many juz’s of Quran has you recited until today “
My answer:
“I wouldn’t tell you until I have reached 10 juzu of the Quran”.
Whoa myself, trying avoiding answering the question? *Cough.
He then replied:
“You didn’t reached 10 juzu’ yet? What did you do in the home everyday?”. While laughing he jokingly teased me out.
I answered him:
” A lot “. A sly grin following that answer since I know I didn’t have a lot of affairs to do everyday.
Whoa myself again. Did you deliberately trying to find a lame excuse again?
Oh, I can’t and I shouldn’t. Who am I anyway. Just a lay woman.
Salaf in Ramadhan
Considering Hazrat Qatadah r.a can finished three times of Quran on every three night’s of Ramadhan. Imam Syafie r.a has admirably completed 6o times of recitation of the whole Quran in his prayer during Ramadhan and finished reciting one whole Quran in a night and they are the busiest person on earth at that time.
Monolouge
I know I’m a bit lacking in my preparation to enter Ramadhan since I busied with the wedding preparation on 15th of Sya’ban, moving to Terengganu for good and adjusting myself with a new life but I can’t make that even as a reason. There are many others people who facing more hectic day but they can accomplished more than a woman like me who only wiggling her feet in her house everyday. Duh!
Refreashing My Soul
I have to read again my post in my old blog and ‘punch’ myself once and for all.
So that, for the whole dunya affairs which did not related to my akhirah’s account I should say goodbye to them. Maybe I tend to forget what Sheikh Hussain As-Sattar has mentioned in his talk. Treat yourself in Ramadhan as a patient on a chemotherapy treatment. You are on your crucial stage of therapy in a very short amount of time so you shouldn’t mingled yourself with unnecessary affairs.
Gotcha nafs!
I’m a bit late, but better late then never!



