Archive for the 'Marriage' Category

Warkah Buat ‘Arusah

Sebelum berkahwin, saya tidak meletakkan entri berkaitan perkahwinan kerana pada perkiraan, saya bukanlah ahlinya lagi. Walau ada beberapa perkara yang dititip dari ahlul ilmu terutamanya Masyayeikh, kitab-kitab turath dan seminar-seminar tertentu namun saya simpan dahulu buat diri saya.

Asalnya saya selitkan di entri Pernikahan: Misthaqhon Gholizo (Perjanjian Berat). Namun demi untuk memendekkan entri yang akan makin berjela-jela, saya tukar ke post baru.

Warkah di bawah (ayat sedikit klasik) di tulis tiga tahun yang lepas. Saya masih ingat detik itu. Kerana tidak dapat menghadirkan diri ke majlis sahabat tersebut, saya hanya mengirim kepada teman baik Turki yang berkesempatan mengahadiri majlis beliau.

Saya sungguh takut andai tertinggal memesan kepada Nejmiya teman saya.  Saya terus menghayun langkah ke bilik beliau yang berada di satu tingkat dari bilik saya.

“Nejmiya, benarkah kamu akan pergi ke majlis Zaiton? Saya benar risau andai surat ini tidak sampai ke tangannya”

Nejmiya, gadis mulus Turki itu hanya tersenyum polos. Seperti biasa, susuknya bisa menenangkan diri.

” Jangan risau Sumayyah, pasti  saya akan sampaikan kiriman kamu ini”

Dia menenangkan saya. Oh, Nejmiya. Mengenangkan dirinya sahaja boleh bikin diri teringat akan segala budi baik dan halus bicaranya. Masakan enak beliau dan diskusi bersama.

Bersama sedikit pengemaskinian, saya berkongsi bersama di sini. Ditujukan khas buat kekanda Albazrah, teman penyejuk jiwa, Kekanda Sarah Seth, teman yang banyak menabur jasa juga Fatin Zawani Talib, sahabat yang bersama menjadi perintis muda suatu ketika dahulu juga tidak lupa kepada Kekanda Siti Mazlita Yamaluddin yang melansungkan akad nikah hari ini. Mereka baru sahaja mendirikan rumahtangga.

Warkah buat Arusah Fisabilillah

Bismillahir-Rohmani-Rahim

Segala pujian yang tiada tara hanya buat al-Khaliq, Rabbul Jalil, penguasa tujuh petala langit dan bumi, juga Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w, Kekasih agung, Penghulu ummah pemberi syafaat buat sekelian alam. Juga para sahabat, tabie’ dan tabien yang dirindui, penerus Risalah perjuangan hingga ke akhirnya.

Buat ukht habibti yang dicintai dan dikasihi sepenuh hati kerana Allah,

Semoga kala ukht membaca warkah ini, berada di dalam Redha dan RahmahNya sentiasa dengan limpahan barakah, sakinah mawaddah sebagai arusah di jalan Allah,

 

Pernikahan: Mithaqhon Qholizho (Perjanjian Berat)

(Sebuah entri yang bakal diedit dipublickan kembali).

Hari ini, genap tiga bulan seorang aku bergelar isteri. Tiga bulan yang lalu, akad termetri. Bagai meraih kasih Allah yang maha besar, punya suami budiman lagi sentiasa kasih dan kasihan pada diri seorang aku yang tiada apa-apa, Allah sahaja yang layak disyukuri. Terima kasih ya Allah di atas Robithoh Muqaddasah ini.

Aku pernah menulis satu puisi dan warkah buat sahabat mempelai. Namun kini, kutujukan untuk diriku sendiri. Juga mereka yang bergelar isteri barangkali.

Kala menulis itu, aku teresak di musim syita’ di rumahku di Mansurah. Tahun 2003 sebelum pulang ke Malaysia mengetahui teman melansungkan perkahwinan bagiku satu berita yang meruntun emosi. Kekanda yang bersama berada dalam satu pelayaran menimba ilmu sebelum ke Mesir. Menjadi pelajar pertama mendapat pangkat Mumtaz di cawangan Iskandariah. Puisi ini juga sering kutuju dan kukurim pada sahabiah yang akan menjadi isteri. Membacanya kembali, aku terasa hairan bagaimana aku bisa menjalin ayat-ayat bombastik ala melankolik (kononnya). Mungkin perlu sedikit ubahsuai.

Selalunya bila aku fikir kembali, setiap kali ingin melakar puisi, aku tidak boleh memaksa diriku. Setiap kali nubari lembut dengan kasih Allah, ilham datang mencurah. Jika tidak, usah dikerah tidak mungkin terhasil apa-apa.

Seperti waktu itu, ketika di kamar waktu mengenang kembali Kekandaku yang pertama menjadi suri, sebak datang terus. Lantas kucapai pena dan buku, dan melakar emosi pada sekeping nota. (Wah, sungguh klasik, nostalgik dan ber’jiwo’ sastera pula ayatku kali ini.)

Rumahtangga Dan Kelansungan Ibadah

Rumahtangga Dan Ibadah

Dalam tulisan Imam Al-Ghazali  Kimmiyah As-Sa’adah atau The Alchemy of Happiness ada menyentuh tentang duduk letaknya perkahwinan adakah menyebabkan dekatnya atau jauhnya seseorang kepada Allah. Menariknya, dalam buku ini, Imam Al-Ghazali menyentuh sisi positif dan negatif tentang kesan perkahwinan dalam proses sesorang hamba mengenal Allah. Perkara yang sama selalu kami suami isteri bincangkan adalah di antara kesan perkahwinan itu tetap sahaja boleh membawa kelalaian ataupun menjadi punca ibadah bagi seseorang hamba. Seperti yang diperbahaskan oleh sekian ulama’ kita di antaranya Imam Ghazali dalam buku di atas.

Imam Ghazali menceritakan:-

“Melalui perkahwinan setiap pasangan akan berasa ketenangan dan ketenteraman. Duduk bersama dan memperlakukan isteri dengan baik merupakan perbuatan yang memberi kita rasa santai setelah melakukan tugas-tugas keagamaan. Dan, setelah itu kita bisa kembali beribadah dengan semangat baru.Itu yang dilakukan oleh Nabi saw ketika menerima beban wahyu yang berat, Baginda menyentuh Aisyah r.a dan bersabda:

” Bicaralah kepadaku wahai Aisyah, bicaralah!”.

Baginda saw sendiri menyedari bahawa sentuhan kemanusiaan akan memberi semangat dan kekuatan  untuk menerima wahyu-wahyu baru.

Begitu juga Abu Sulaiman berkata:

“Isteri yang baik tidak hanya menjadi Rahmat di dunia ini, tetapi juga di akhirat, kerana ia memberikan waktu lapang kepada suaminya untuk memikirkan akhirat.”

By Person On Flickr

Aspek penting di yang diungkapkan oleh cerita-cerita di atas bahawa amat penting sebuah keseimbangan dalam menyalurkan perkara halal itu sendiri dan semuanya harus dinilai dengan neraca syukur dari duduk atur seorang hamba. Perkahwinan adalah ibadah, jesteru dengan melaksanakan ibadah Sunnah ini, perlulah dengan ia meningkatkan perhambaan dan kualiti kita sebagai manusia. Sebagai contoh, seorang isteri wajarlah menggalakkan suaminya melaksanakan solat  berjemaah di masjid pada masa-masa yang digalakkan menurut Sunnah saw iaitu selepas subuh dan isya’, melakukan kerja-kerja dakwah dan kebajikan dan lain-lain lagi menurut aspek kemasyarakatan.

Proses peningkatan kualiti kehambaan dan manusia menerusi perkahwinan perlu dipandang serius oleh kita, kerana ramai tidak sedar mungkin seperti Imam Ghazali ra menyentuh bahawa perkahwinan andai tidak dipimpin dan disalur dengan baik boleh juga melalaikan manusia dari mengingati Allah.

“Kesan negatif  muncul ketika urusan keluarga memalingkan seseorang dari mengingati Allah. Seringkali urusan keluarga menghalang manusia untuk memusatkan perhatiannya kepada Allah dan akhirat. “

 Pesan Imam Ghazali ini ada kesinambugannya ketika saya simpulakan bahawa beliau menggalakkan perkahwinan bagi mereka yang dapat memahami konsep ibadah dengan sempurna iaitu perkahwinan adalah ibadah. Jesteru, ibadah tidak mungkin bercanggah dengan ibadah ( perkahwinan) melainkan jika kita meminggirkan konsep ibadah khusus dan umum yang sepatutnya selari dan sekata.

Imam Ghazali menyarankan:-

1) Mereka yang berfikir bahawa dengan tidak menikah ia akan dapat melaksanakan ibadah dengan lebih baik, dia boleh membujang, dan mereka yang takut jatuh ke dalam dosa jika tidak bernikah maka bernikah menjadi jalan terbaik baginya.

2) Untuk menjamin perkahwinan menjadi jalan keselamatan, seseorang harus memilih calon isteri yang mempunyai kesucian akhlak.

Selari dengan pesan salah seorang pensyarah di UIA yang mana menyentuh tentang bagi beliau, al-ahl atau keluarga antara perkara yang melalaikan manusia. Beliau, Ustaz Yasir seorang pendokong Sunnah yang kuat menerangkan kepada anak-anak murid beliau dalam satu seisi ” Talk About Heart”.

Jesteru, memahami konsep dan pengertian perkahwinan dan kaitannya dengan ibadah. Memahami keutamaan dan pengurusan masa amat penting bagi mereka yang ingin meningkatkan kehambaannya melalui perkahwinan. Ingat, bagi wanita kita punya senjata untuk melemahkan dan menguatkan lelaki samada bergelar isteri atau tidak. Gunakanlah senjata untuk pada perkara yang harus, menunaikan yang wajib dan halal sahaja.

‘Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan… ‘

(An-Nisa’:1)

Pelbagai

Banyak yang saya ingin tulis sebenarnya. Semuanya telah saya atur dan susun dalam kepala. Daripada isu perfileman Melayu, budaya pemakanan dan kesannya kepada penumbesaran anak lelaki kita juga kepada pertemuan saya dengan Syeikh Rohimuddin lewat minggu lepas. Saya dan suami bagai mendapat satu anjakan baru dan simbahan cahaya yang menyegarkan menghadiri Haul Imam Haddad di Masjid Terapung yang dihadiri oleh Yang Mulia Sultan Mizan  dan Sultan Ulama’ Habib Syatiri juga mendengar pesanan dari Syeikh Rohimuddin sendiri di Daurah Memahami Tasawwuf. Alhamdulillah, impaknya mengesankan. Hujah beliau penuh intelektual dan sarat makna seperti biasa. Moga doa dan dizkir menjadi amalan berteruskan kami suami isteri. Moga saya dikurniakan kelapangan untuk menulis.

Protected: Just Married!

This post is password protected. To view it please enter your password below: