Archive for the 'General Musings' Category
Secret Within: Special Dedication

Once, in my blog I have written this monologue. Now, again I repost my old entry in my previous blog.
For A Sister That Should Know That I love and Care for Her. Dearly. Let’s Walk Together Toward HIM and We Will Understand Each Other Better. The Secret of Love Within My Heart and Prayer.Sometimes Words Does Not Enough. Sometimes Doing Nothing Is The Best. Sometimes Silence Is The Inner Key To The Right Path.[1] Sometimes The Existence Of Love Is Secret Within.
O Allah
A Person has asked Shaikh ‘Abd al-Qadir al-Jailani :
” So we are nearer to your heart?
He
replied: O My foster brother, you will be like that only when you are
all dutifully devoted to Allah( Exalted is He ), when you arevigilantly aware of Him, fear Him and seek Him. In me you will have a servant and a loving friend.[2]
[1]” Silence is part of the spiritual discipline of a votary of truth.” M.K Ghandi.
[2] From Malfuzat ( Utterances ) - Shaikh ‘Abd Qadir Al-Jailani
My Note: I Will Always Here, When You Are Here, I Still Be Here.
Related Reading:-
1) The Shy Ghandiji
Talaqqi & Kulliyah: Proses Mencipta Rangka Dan Kematangan Ilmu

Memetik antara isi entri Takut Jadi..Takut Tak Menjadi:-
Malah dengan pemikiran agama beku dan mentah ini, percubaan untuk mendaulatkan Islam menjadi dungu dan tidak sekufu dengan pembela-pembela idea bukan Islam yang fikirannya kaya dengan kematangan dan kebijaksanaan berhujah.
Inilah fitnah besar ke atas Islam!
Semuanya bermula dengan jenayah akademik pelajar bidang Pengajian Islam yang memandang remeh kepada proses pembelajaran mereka semasa di bangku pengajian.
Berkatalah yang benar, biar pun pahit terasa”
Sudah lama saya ingin membuat satu entri berkaitan Talaqi. Hasrat yang hanya berkubur di minda itu subur kembali apabila membaca tulisan Ustaz Hasrizal bertajuk “Takut Jadi.. Takut Tak Menjadi”.
Sebagai Azhariyah ataupun siswi yang pernah menuntut di kampus tertua dunia itu saya terpanggil. Saya berasa terpanggil membuat satu tulisan susulan berkenaan konsep talaqqi di Mesir dan pertembungan yang dikatakan berlaku antara kehadiran di Kulliyah, persatuan dan pengajian Talaqqi secara umumnya.
Namun kesihatan yang masih belum pulih hanya dapat membiar hasrat terbuku di dada. Buat masa ini, saya hanya menampal komen pertama suami di alam maya sejak dari lahir hingga ke saat ini. Itupun setelah kami berdiskusi berkenaan tulisan tersebut dan pandangan beliau melebihi jangkaun apa yang saya fikirkan.
Selaku di antara yang pernah menjejakkan kaki di pasir sahrawi lebih lama dari saya iaitu memakan masa hampir enam tahun berbanding empat tahun bagi saya, pandangan suami nyata memberi impak berbeza.
Suami di Kuliiyah Tib @ Perubatan.
Saya Azhariyyah.
Saya seorang wanita yang batasnya sungguh dihimpit pelbagai peraturan semasa di sana. Beliau, lelaki yang langkah dapat diatur seribu mengutip sekian mutiara di tanah lewat jejak anbiya’ itu. Beliau, guru bahasa Arab dan kamus perubatan saya. Oh tidak, kami tidak kenal apatah lagi pernah bertemu di bumi Mesir sana. (Ada kaitankah?).
Saya meminta suami (menggesa mungkin) menurunkan komen pertama beliau di alam maya di bawah entri tersebut lewat perbincangan kami. Semasa suami menulis, saya dilarang melihat. Saya terus sahaja ke dapur. Memasak.
Hasilnya:-
Sekadar perkongsian pengalaman belajar di Mesir walaupun bukan di dalam bidang pengajian islam, juga perbincangan dengan sahabat-sahabat azhari yang adil dalam memberikan pendapat dan pandangan
Pertamanya, kita perlu melihat isu ini dengan pandangan proaktif dan konsruktif, bukan untuk ‘membedah’ dan ‘membuka pekung’ mana-mana pihak, lebih-lebih lagi bagi azhari.
Pembaca juga perlu merasakan isu ini satu kelemahan bersama yang perlu sama-sama di perbaiki dan bukan kelemahan satu pihak yang hanya perlu di persalahkan.
Kedua, ianya kembali kepada persoalan ilmu dan cara pengambilannya agar ianya sahih, di fahami dengan kefahaman yang betul(input), luas dan mendalam perbahasannya (proses) agar outputnya iaitu ta’lim dan dakwah itu benar-benar berkesan.
Menurut pemerhatian ana, ramai orang yang bercelaru dalam pengambilan ilmu kerana mereka jahil dalam disiplin ilmu itu sendiri. Setiap ilmu ada disiplinnya samada dari segi pengambilannya dan aplikasinya.
Contohnya, dalam isu ini, di lihat seolah-olah timbul pertembungan antara kuliah dan talaqqi,sedangkan ianya saling melengkapi. Talaqqi yang istiqamah dari awal kitab hingga ke akhir kitab akan membentuk rangka ilmu dan kuliah yang di hadiri dan di partisipasi perbincangannya akan mengisi rangka ilmu yang terbentuk tadi menjadikan ianya satu ilmu yang matang dan berdaya tahan menghadapi cabaran ilmu (seperti tasykik yang di timbulkan oleh orientalis ataupun orang yang jahil).
Kedua-duanya sumber pengambilan ilmu.Tinggal lagi barakah dan taufiq dari Allah yang akan memberikan kesan dan bekas pada manusia yang mendengar perbahasan ilmu tersebut. Tetapi sekiranya salah satu sumber ini di pinggirkan, maka lahirlah golongan agama yang cetek dan dangkal pemahaman agamanya, sedangkan merekalah yang di harapkan untuk menjaga AMANAH ILMU ini.
Ini dahulu buat masa ini, agar kita berfikir.
Namun, hanya satu fakta yang tidak mungkin berubah. Walau telah menyambung pengajian Ijazah Sarjana (Master) di Universiti Islam Antarabangsa, cinta saya tidak berubah.
Saya cintakan Al-Azhar lebih apa yang ada di dunia ini. Saya cintakan bumi Mesir hingga pernah melangkaui cinta pada tanah air sendiri. Jika diberi pilihan, tetap saya ingin ke Azhar.
Mohon doa, agar lekas sembuh supaya ibadah dan amal dapat berjalan dengan sempurna. Terima kasih.
Catatan 10:00

Di luar hujan turun dengan lebat.
Tekak terasa kering.
Kepala terbeban berat.
Berpinar.
Badan kurang sihat.
Namun masih stabil.
Walau tahu sudah dalam keadaaan begini saya tetap menjamah rambutan yang dibeli suami tengahari tadi..
“Mengapa rambutan membuatkan tekak kita kering.?” Saya bertanya suami.
Katanya, kandungan gula tinggi dalam rambutan menyerap kandungan air dalam badan.
Saya mengangguk namun saya tetap juga menjamah buah itu petang tadi.
Namun sekadarnya sahaja.
Almaklumlah saya yang naif lagi hingusan tentang perubatan memang wajar jahil tentang kesihatan. (Ada kaitankah?).
Hujan makin turun dengan lebat di luar.
Forum Nikah Tunai di Kelantan yang antara ahli panelnya Ustaz Hasrizal rupanya malam ini.
Walau hujan turun dengan murahnya malam ini, streaming lancar sungguh.
Tersepit di antara tuntutan menghabiskan bacaan beberapa kitab, saya memilih mendengar forum malam ini.
Kebetulan suami bertugas di Wad Kecemasan sejak tengahari hingga 10 malam ini.
Sementara menunggu.
Tekun. Saya mendengar.
Marriage Is Half Of The Deen

It has been almost three months since I have become a wife but it felt like I was in a marriage of two years. Not that I felt older it just we have been through a lot together in just two and half month and most importantly we are truthful, understand, being considerate, tolerate and respect each other. Of course the based of the marriage should be only to build a marriage that will please Allah and His Messenger as Habib Ali Al-Joofre has advice.
Ironic enough since he is my stranger even on the akad’s day and I just saw my husband face for the second time during the nikah’s day! If there is anything I want to express my gratitude to Allah for this blessing, Alhamdulillah. I remembered during the periods before the actual walimah I’m full of hesitance but I tried my best to surrendered fully myself to His Will and relied only to Him. I haven’t been test with the usual test of the bride to be. I mean I have a blank less of expression and emotionless. Numb in the souls to the extent I’m so uncertain with what I want to proceed in my further steps during the engagement periods.
I remembered too, I have been flipping through Said Nursi’s and Imam Ghazali’s books during my engagement periods to find the answers of my uncertain feelings and Alhamdulillah all the doubts has faded when I firmly believe in the meaning of tawakkal. Tawakkal of course should be applied with knowledge together with an up most effort to up hold it in the right way.
Imam Ghazali wrote in his book Ihya Ulumuddin in Chapter V the meaning of Tawakkal and its benefits in one’s life.
Tawakkal- or God reliance is a stage of religion and a state of progress of the believers. Rather it is the highest state of those who are near God. The knowledge about God reliance is very subtle and the cause of it is that if one looks at the causes and ingredients of an action, he sets up partnership with God. In other words, if a man believes that anything has got power over the actions of a man, he ain’t be counted as a true monotheist. On the other hand, if the intermediary causes are deducted, it is casting aspersion on the Prophet’s ways and dishonor on Shariah. If one disbelieves the causes of an action there is misuse of intellect and as such one is drowned in the abyss of ignorance. So the real meaning of God-reliance is every subtle. The meaning of God reliance is intellect Shariah and Tauhid, the intermingling of three elements in a proportionate manner.
Now that I remembered I didn’t officially send my regards and gratitude to all my fellows brothers and sisters in Islam, colleagues, relatives, Turkish friends who spend their times to attend our walimah. Thanks also for all the prayer’s given to us from all my sisters and bothers via sms, blogs or any kind of method of message. May Allah reward the best for all of you.
On the side note, I would love to ask if there is any sisters who would like to see the weddings pictures of us to let me know your email address or anyone who attend my wedding’s day who might want their picture to be send to them. No, I’m not photogenic and it’s not that it important but if you have attend the weddings but didn’t received the pictures yet, I will later forward the pictures since I just got the formal photos from the photographer.
In addition please do send me the email’s for my beloved sisters who want to share my private entries related to marriage and woman’s affairs. Woman’s club. I will give the secret code through the email, inshAllah and if you didn’t want your email to be visible here, you can send it to the email: salmanamiruddin@gmail.com. Actually it is joint account but 99.9% is mine so please feel free to send the email. :)
I just want to humbly note and hope that any sisters who might later have my weddings pictures to keep it privacy from general viewing. Thanks in advance and May Allah bless all of us with a blissful marriage. Ameen.

My side’s hantaran. We make it as simple as we can. It’s has been decorated by my cousin who used her previous trays to save all the hassles. She is creative indeed and bought the fresh flowers in one of the cheapest flowers shop in Chow Kit early at the morning on my nikah’s day. Thanks to her. I definitely loved her decoration. I wouldn’t want to spend thousand ringgit just for the hantaran. It is not in the Sunnah or even not necessary things to do. Oh, by the way take a look at the ‘bahulu’ with the fish shape, ‘kuih -I forgot the name- in beautiful roses shapes and the ‘buah pala’ in bunches of grapes decoration. I’m surprised on how my grandmother manage to find a very unique shapes to present the traditional kuih.

I would like to take this opportunity to wish my beloved sisters, Nor Azma, Fatin Zawani and Ismah along with their husbands a prayer that has been propose by the Sunnah:-
” BarakAllahlulak Wa BarakAllahu’alaik Wajam’abainakuma Bil Khair”.
Memetik Juri Di Halaman Urdun
Hari ini seorang sahabat bekas teman sebilik saya di kampus UIA suatu masa dahulu mengirim sms kepada saya. Oh, memang sungguh nostalgik pengalaman dengannya. Dialah teman berdebat saya yang mengenali saya lebih dari saya kenal diri sendiri. Teman suka duka segala.
Karakter dan personalitinya sungguh unik yang tidak pernah saya temui seumur hidup saya. Teman dari seberang, Indonesia. Mindanya semua isu akan menjadi kritikal terutamanya tentang ideologi, peradaban atau tamadun.
Beliau memang sungguh kritikal namun sungguh menyenangkan. Tidak pernah menyangka kekanda saya beliau akan berkahwin dahulu. Sebuah entri yang pernah di tulis lama dahulu. Sebuah nostalgia yang mengajar pelbagai perkara. Beliau pernah merentas tanah Syam sebagai seorang musafir ilmu. Dalam perbezaan kami berkongsi banyak persamaan. Semuanya bermula dengan sebuah kisah jejak-jejak di bumi Nabi. Di situ cerita kami bermula. Dia di Urdun dan saya di Mesir.

I- Urdun
Memetik bunga ” Juri” di halaman Urdun
Seperti biasa, setelah tiba musim bunga tiga siswi nakal membuat perancangan.Seakan-akan kelihatan tanduk di kepala mereka bertiga.. Mari kita ke Amman. Musim bunga dah tiba. Ketiga-tiganya tersenyum nakal. Mereka bertiga yang terkenal dengan kejaguhan memetik bunga menuju ke Amman. Dari Mafraq yang dipenuhi sahra’ mereka menapak penuh keazaman. Mahu memetik “juri” di halaman jameah (Universiti) Urdun. Sambil menaiki bas berbekal “shantoh” besar dan gunting mereka menuju Amman.
Kata siswi A ” wei, kalau kita petik bunga tu, kira mencurikan. Lebih 4 Dinar kena potong tangan kan.? Di kira hukum “sariqah”. Katanya gaya seorang pelajar syariah.
Siswi B.” Kalau mazhab Hanafi dua dinar dah kena potong tangan. So gi mana nih?.
Sis c ” Ala hari tu kau lalu tepi rumah ammu, pun kau amik bunga tu. “Teringat siswi B memetik bunga di tepi rumah ammu..Tiba-tiba..” ya anisah..(gadis)..petik..bunga.ye.suka bunga “juri” ker..Jawab dua siswi itu. Sambil tersengih dan berdebar-debar juga takut di marahi. “Aiwah nubibbu awi.” Ammu pun tersenyum tanpa terselit perasaan marah melihat gelagat dua siswi nakal tersebut.
Di Universiti Urdun
“Harapnya tak bertembung dengan Ammu Haris Nanti kena tangkap.”
“Erm ye la. Kira kita ni amik harta awam, hjadi tidak mengapalah.
Masing-masing menyedapkan hati masing-masing kerana sudah tekad. Tiba di Amman, mereka menuju urdun..sambil masing-masing galak memetik bunga..Masing-masing memerhati takut2 ada syabab-syabab di jamieah yang melihat mereka siswi seolah-olah dari “badwi” atau kampung memetik “juri” seolah-olah tidak pernah melihat bunga lagaknya..Hehe…biasalah kan di jamieah kita mana ada bunga. Yang ada hanya pohon-pohon zaitun dan tanah gersang sahra’. Selesai, walau tangan luka-luka akibat memetik, tapi kita puas hati. Gumam diri masing-masing.
Pulang
“Ya Allah, apa yang korang buat ni.”?
Sambil melihat bunga-bunga itu ditampal ke dinding menjadi pot-pori. Budak-budak ni, desis si kakak.
Namun selepas itu.
“Jom temankan akak pula..”. Pinta si kakak sambil tersengih. Macam-macam gelagat mereka yang mencuit hati. Perempuan. Aduhai! Begitulah, gelagat siswi Jordan-Mafraq yang nakal.

II- Mesir
Mendaki Gunung Thur Sina
Senario-senario pula lebih suka mendaki gunung Thur Sina, dari memetik bunga. (Ketika mereka mendak bukit Thur-Sina, bermula dari yang terakhir start, ketika insan lain sudah bermula, mereka masih belum bermula.
Namun menjadi antara yang terawal sampai disebabkan ke”cekalan” si kakak meredah angin kuat dan kepenatan yang bukan sedikit.
Adinda: “Akak, dah tak larat ni, kita rehat dulu.”
Kekanda: “Teruskan jgn berhenti, nanti lagi penat..” katanya sambil meneruskan langkah dan memberi galakan penuh pd kekandanya.
Adinda: “Akak saya penat sungguh ni.”
Kekanda: “Takpe, kita ikut jalan shortcut“. Sambil mendaki cerun yang akan bahaya.
Ramadhan 27: Hari-Hari Terakhir Ramadhan

Oleh: Salman Amiruddin
Monolog Fajar 27 Ramadhan
Hari-hari terakhir Ramadhan memang mengundang rasa yang pelbagai. Menelusuri denai-denai akhir ini membawa jiwa yang sedar tentang nilainya sebuah kesedihan atau kegembiraan. Semuanya hanya mampu di tentukan oleh diri dan persiapan pada awal waktu ketika Ramadhan baru bermula. Bagi diri yang bersedia pada awalnya, mengisinya dengan ibadah yang penuh penghayatan, pastilah ketenangan dan kegembiraan benar-benar terkesan di jiwa.
Berbeza dengan jiwa ini, yang jika mampu di gambarkan, seumpama seseorang yang tertinggal. Di tinggalkan seorang kekasih pastinya meruntun jiwa apatah lagi kekasih itu pernah menawarkan peluang untuk dirinya di cintai. Dangkal benarlah diri ini kerana kekasih itu diburu ramai apatah lagi ramai yang bersungguh-sungguh mahu mendampinginya. Jahil benarlah diri ini sebab kesempurnaannya di ketahui semua tapi diri ini seolah-olah buta dari menghayati kesempurnaannya.
Pesan Imam Al-Ghazali
Itulah yang meruntun hati di fajar 27 Ramadhan ini. Tambah menyesakkan jiwa bila menatap kata-kata Imam Ghazali (450-505H) di penghujung kitab beliau “Mau’izhoh Muslimin” tatkala membicarakan tentang kenikmatan abadi di syurga:
Alangkah peliknya diriku melihatkan seseorang yang meyakini adanya satu tempat yang penuh kenikmatan seperti itu,mengetahui bahawa yang menempatinya tidak akan mati dan tidak akan merasakan kesengsaraan lagi, bagaimana jiwa mereka masih tunduk,cenderung dan cinta pada suatu selainnya.
Doa Di Akhir Ramadhan
Ya Allah, bantulah aku untuk mengingatiMu, mensyukuri nikmatMu dan memperbaiki penghambaanku terhadapMu.
Moga cintaku bukan palsu.
Ramadhan 21: Antara Teori Praxis, Sekularis, Liberalis, Realisme Magis dan Modenis saya memilih Lailatul Qadar!

Permulaan Pasca Pertama
Sebenarnya dalam genting suasana politik semasa yang semakin hangat, saya hanya melihat dari jauh kerana saya hanya rakyat maheran yang jahil politik. Dalam masa yang sama saya masih ingat akan tulisan air kopi panas Faisal Tehrani yang saya cicipi lewat tulisannya beliau di majalah Tamadun pada tahun 1998 semasa umur menjangkau 12 tahun yang menjadi pemangkin cinta saya kepada sastera. Zaman kebangkitan politik dimensi baru pada tahun 1999 telah membawa saya kepada pelbagai tulisan politikus, penulis politik, penulis sastera dari lapisan pelbagai. Surat-surat khabar dan majalah-majalah lama yang masih mampu saya simpan walau sudah kekuningan masih ada dalam simpanan saya sebagai bahan rujukan sejarah Malaysia. Hanya sahaja yang telah dibuang tanpa sedar oleh ibu ayah saya sahaja yang mencetus tangis saya kerana sedih sudah kehilangan salah satu khazanah simpanan peribadi saya dan keluarga.
Itu dahulu.
Era kepekaan dan cinta maksima saya dengan politik. Semasa saya masih kanak-kanak hingusan. Ketika era 1998 saya adalah penyokong tegar. Kini, pasca perubahan arus politik semasa yang rancau dan pelbagai saya mengambil keputusan mendiamkan diri sambil membaca dan membuat beberapa homework sebelum saya mengambil tempat dan menetapkan pendirian saya. Buat pertama kalinya saya akui saya mempunyai sikap agak memilih dalam menetapkan pendirian ketika ini kerana saya perlu akur jalur perjalanan saya dalam fasa-fasa yang lepas dan cuba menjauhi paradigma yang terlalu idealistik dan simplistik yang saya cuba jauhi sejak dari dahulu lagi.
Saya akan cuba sedaya mungkin menterjemahkan kitab-kitab turath atau klasik Islam dan ilmu-ilmu politik moden Islam yang telah ditulis dan dibahaskan oleh cendikiawan Islam juga kepentingan buku-buku pemikiran pemikir-pemikir penting dunia ke dalam implementation by action agar dapat dicari titik temu yang paling tepat untuk menjadi konklusi kepada suasana politik semasa dan pembangunan tamadun Ummah.
Pencarian Pasca Keempat
Umumnya, saya masih sedang membaca dan mencari. Tidak mungkin saya menulis ‘for the sake of writing’ ataupun saya menetapkan pendirian ‘for the sake of make a decision’. Mungkin saya agak indecisive kali ini namun saya akan terus membaca, bergerak dan mengikuti nasihat Doktor Mumtaz Ali pensyarah fakulti Usuluddin dan Perbandingan Agama yang sangat saya hormati, tenaga pengajar di kampus UIA dahulu yang menekankan kepada pentingnya berada di tengah-tengah antara dua aspek; Realist dan Idealist, kedua-duanya perlu dicernakan kepada action-oriented.
Saya juga akur seperti kata-kata saya selepas pasca PRU 13 yang lepas, bahawa perubahan yang berlaku demi memahami dan agar dapat meneruskan agenda Ummah kepada pentingnya meneladani buku-buku klasik dan moden Islam terutamanya politik Islam, Feqh Awlawiyyat (Keutamaan), Daulah (Negara) dan Feqh Waqie (Semasa), maka kali ini saya ingin menambah rujukan saya. Saya ingin menambah tulisan-tulisan pemikir-pemikir Islam dan Barat yang dapat membantu kepada memahami pergolakan politik semasa dan memilih pendirian yang tepat dan solid sesuai dengan apa yang terbaik yang kita mahukan dari pandangan Allah.
Sikap terburu-buru dalam membuat analisa, menulis, membaca atau memberi komen tidak akan membawa apa-apa keuntungan dalam memilih dan mencari satu keputusan yang terbaik untuk memahami dan bergerak untuk Ummah. Ya, kita berdiam namun kita bergerak. Sesuai dengan ‘circle of influence’.
Pencarian Kebenaran
Dalam mencari saya tekankan keperluan membaca bacaan yang pelbagai dengan mempunyai basis yang kuat namun perlu kepada sikap objektif dan ’suspend your judgment’ buat seketika semasa membaca. Selain dari itu, keperluan kepada panduan guru yang reliable juga amat penting. Saya memang suka membaca pelbagai genre pembacaan hingga memberi kesan kepada penulisan blog saya yang tidak mempunyai ‘niche’ bahasa dan isu. Namun saya tahu di mana perlu saya tuju dan apakah masalah dalaman gerakan Islam yang berlaku sekarang.
Saya pernah merajuk dari mengikuti perkembangan politik massa suatu masa dulu sebelum pasca PRU ke 13 kerana politik dan kuasa telah memakan persaudaraan dan keimanan beberapa ahli gerakan Islam satu kawasan.
Walaupun ia berlaku dalam skala kecil namun telah menjejaskan banyak perkara yang semuanya bermula dari hati yang karat dengan mazmumah sehingga membuatkan ada hamba Allah berhati mulia yang teraniaya. Disebabkan peristiwa tersebut ramai ahil gerakan Islam yang komited yang merajuk membawa diri. Namun rajuk kami rajuk yang masih sedar diri dan terus bekerja dan membantu tanpa nama.
Akhirnya saya sedar, rajuk saya tidak membawa ke mana. Perlu turun padang juga atas keperluan tenaga. Saya tidak mahu merajuk lagi, namun jalan saya mungkin beranjak sedikit.
Mungkin berbeza dari fasa-fasa sebelum ini.
Ya, saya penggemar kepada buku-buku falsafah dan epistimologi sejak dari dahulu lagi namun masih ‘hijau’ dalam pembacaan.
Keperluan Ilmu dan Action-Oriented
Saya mungkin harus bersetuju dengan saudara Rausyan Fikir ketika beliau memberi komen di salah satu entri SaifulIslam yang bertajuk “Kemuncup Dalam Perjuangan” walaupun saya berpendapat komen beliau lebih menjurus kepada asas dan akar kepada permasalahan Ummah, politik dan tamadun lebih dari pembedahan buku itu sendiri namun saya memahami gagasan idea dan pendapat beliau yang bagi saya tidak bertentangan dengan gagasan idea SaifulIslam sendiri. Kedua-dua bergerak sebagai satu wadah yang dicaknakan salah seorangnya seorang anak muda yang berwacana tinggi dan salah seorang lagi penggerak matang dalam gerakan Islam.
Kedua-dua berlegar dalam misi yang sama walau pencambahan kepada implementation of ideas by action itu berbeza sesuai dengan kematangan, keutamaan, kecenderungan dan ruang legar ‘circle of influence’ masing-masing.
Namun saya sangat bersetuju akan kata-kata Ustaz Hasrizal Jamil dalam entri beliau yang mana menjadi satu lonjakan idea yang sama dari suami saya:-
Proses mengubah manusia tidak semudah menganalisa kesan perbuatan manusia
Seperti mana kata-kata suami saya yang berbunyi :-
Berfikir dan mencetuskan pemikiran tidak sesukar mencernakan pemikiran itu dalam masyarakat dan merubah manusia. Menjadi pemikir dan menumbuhkan gagasan idea mudah namun bekerja itu yang susah.
Apapun saya setuju akan hakikat dari gagasan idea yang mereka bawa yang telah lama saya hadami dan genggam dari Al-Ghazali sendiri sejak sekian lama bahawa pembinaan tamadun dan kemulian Ummah adalah hanya dengan ilmu dan mengenal Allah. Juga asas permasalahan Ummah adalah kepada kejahilan ketulenan Ilmu dan bagaimana method sebenar memproses kepelbagaian ilmu dan mencari yang paling tepat atau authentic.
Itu sahaja.
Di antara menyelusuri teori-teori Praxis, Sekularis, Liberalis, Realisme Magis dan Modenis saya memilih untuk memburu Lailatul Qadar!
Sesuatu yang pasti dan dijanji.
Ya, Lailatul Qadar dahulu buat masa ini.
Pembetulan: Menulis Laila sahaja untuk menyandarkan kepada Lailatul Qadar adalah satu kesalahan dalam makna dan penggunaan tatabahasa bahasa arab apabila saya memikirkan semula. Lailatul Qadar adalah ‘Mudhof’ dan ‘Mudhof Ilaihi’. Dipisahkan salah satu hilanglah maknanya.
