Satu lagi koleksi entri saya di laman blog lama. Sekadar satu perkongsian bersama.
Di sini dan di sana juga di merata-rata pelusuk dunia, semua manusia yang beriman pasti menanti kedatangan kekasih; Sharu As-Shiam dan segala yang penuh barakah terhimpun di dalamnya dengan penuh penantian dan kerinduaan.
Manusia yang beriman dengan Allah, pasti dikurniakan walau tidak sepicing rasa rindu pada Ramadhan. Walau artis hiburan apabila ditanya, mereka menjawab, kami akan berehat di dalam bulan Ramadhan kerana menghormatinya.
Inilah bulan yang akan kita lalui dengan izin Allah yang terhampar di dalamnya segala Rahmah dan cinta dari Allah.Andai selalu terasa cintaNya dan RahmahNya, di bulan Ramadhan digandakan lagi.
Setiap tahun juga, kita akan mendapat atau mendengar ucapan; Moga-moga Ramadhan kali ini lebih baik dari semalam. Di sana sini terdengar, namun bagaimana interpertasinya juga aplikasi hingga akrab di dalam qalb bukanlah sesuatu yang mudah. Kalau benar-benar ibadah kita ikhlas kerana Allah, dengannya akan terhimpun khusyu’ dan taat di dalam bulan ini dengan sendirinya. Natijahnya, perubahan perilaku dan pengorbanan nafsu dan istiqomah di dalam ibadah hingga melewati selain dari bulan Ramdhan.
Di pinggir Ramadhan ini, tiada lain melainkan pasti akan teringat suasana Ramadhan di ardhil anbiya’ dahulu. Benar-benar berbeza dan istimewa. Segalanya. Sambutan menyambutnya besar-besarnya, lampu Fnnus dipasang. Renda-renda dan kain rentang yang dibuat dari plastik berwarna-warni digantung di antara ‘imarah’ dan banggunan. Segalanya. Himpunan barakah dan sadaqah di mana sahaja. Tambahan bagi anak rantau rezekinya mencurah-curah dari langit.
Teringat akan jiran yang kami panggi ‘baba’. Pastinya akan dihantar ke rumah kami satu karung ‘makaroni’, juga beras dari ‘mama’ sebelah timur pula. Berbagai-bagai. Belum dikira ‘maunah’ dari pihak kuliyyah. Di Mansurah dahulu, bantuannya MasyAllah memang pelbagai. Setiap hari kami wafidat atau musafir ilmu akan beratur satu rumah sebagai contoh; ada lapan orang wakil 3 orang untuk mengambil bahan mentah berupa yang dipanggil ‘maunah’. Sama-samalah kami mengusung minyak masak, ayam yang belum dimasak atau daging dan paling hampir selalu ialah makaan wajib bagi orang Arab iaitu kentang. Kadang-kadang sampai satu satu kotak. Alhamdulillah.
Jemputan Iftor
Jemputan berbuka daripada orang Arab yang murah hati tentunya aktiviti wajib, dengan sahabat-sahabat semuanya bermacam-macam jemputan Iftor.
Suasana Ramadhan di tanah Arab sangat berbeza. Mengapa ya? Keistimewaannya memang sangat terasa. Walau bagi anak rantau tahun pertama pasti teringat kuih muih di Malaysia atau terpaksa berjaga pukul 2 pagi memasak makanan sahur bagi ahli rumah ataupun menghadapi musim sejuk yang malamnya panjang atau musim panas yang siangnya panjang, semua dilalui dengan perasaan berbaur segala.
Namun bila pulang, terasa pula ingatan pada ‘Khunafah‘ dan pelbagai kuih istimewa Ramadhan. Satu perayaan dan ‘mega sale’ yang sangat besar dari Allah.
Mungkin siswa-siswi di bumi anbiya’ tidak kira di mana; Mesir, Jordan, Syiria, Yaman, Palestin, atau Makkah dan Madinah juga di mana sahaja kisah mereka diwarnai pelbagai. Namun ini kisah kita. Usai pulang ke tanah air, saban tahun kita menghitung angka ingin kembali ke sana. Ingatan kepada Ramadhan terutamanya semasa menyambutnya di sana pasti akan segar semula.
Namun di mana sahaja, hadaf kita tetap sama. Impian kita satu. Jalan kita tetap tidak berubah.
Perjalanan yang sangat berharga ini, harapnya beroleh Redha Allah di setiap detik dan berhasil Magfhirah, Rahmah dan Hubbullah serta Mardhotillah di akhirnya.
Ahlan WaSahlan ya Ramadhan!
Kami sedang menghitung hari menanti kedatanganmu
Anekdot II
Seorang Catherine
Boleh dikatakan sesuatu perkara yang kita atur, tidak semuanya menjadi. Kadangkala kita perlu akur dengan Redha yang banyak benda kita nak buat namun tidak semuanya kesampaian.
Minggu lalu, Ahad lepas menjadi tarikh penting. Semuanya kerana seorang Catherine. Sudah membilang hari, moga-moga tidak terlepas menemuinya sebelum beliau berangkat ke German. Boleh dikatakan ingatannya padanya tidak lepas dan sangat kuat. Janji ingin memberi Tafsir Quran oleh Yussuf Ali dan banyak ingin ditanya dan dikongsi. Namun, Allah yang merancang segalanya. Waktu sudah disusun berlepas dari rumah ke kampus memakan masa sekadar 35-45 minit. Memang sudah memesan pada umi, ingin menemuinya sebelum beliau berlepas. Halangan tidak dapat dielak memaksa bertolak benar-benar hari Ahad merangkap keluarga ingin ke Janda Baik. Entah bagaimana kononnya sibuk dengan si kecil Humaira’ dengan ragamnya dan tudungnya di dalam kereta hingga leka yang kereta yang dibawa ayah terus menuju terus ke Janda Baik. Setelah melalui gunung-ganang di tepi dan jalan yang bersimpang siur baru ingatan menerpa kepada Catherine. Ya Allah! Terus menghantar sms kepada sahabat bertanya waktu bertolaknya Catherine ke KLIA. Masalah bateri dan message yang sudah dihantar sebelum ini masih belum dibalas. Message baru ini juga tidak dibalas lagi. Resah amat dan berdoa moga-moga ada rezeki bertemu beliau. Jalan bersimpang menyebabkan Humaira’ berubah wajah bila tiba di Maahad Tahfiz di Janda Baik. Pada mulanya, ingatkan dia bertafakuur, maklumlah bukannya boleh senyap walau belum berbutir bicara. Rupa-rupanya tanpa sedar, dia mual lantas muntah di kusyen depan. Allahuakbar, kesian dia. Dalam resah memohon masa berlalu segera, perlulah membersihkan tubuh Humairah. Melayan dia yang tidak sedap badan tambahan cuaca sejuk di Janda Baik terus juga di dalam sabar dan debar menanti balasan sms dari sahabat. Akhirnya ” Catherine baru berlepas tadi. Maaflah akak tak perasan. Hp dalam bilik. Dia kirim salam semua. Akan datang Mac bulan depan.” SubhanaAllah. Benar-benar terkilan dan sedih. Rezeki tiada. Namun sekurang-kurangnya lega, hajat bertemunya mungkin tertangguh di Mac depan. Harapnya berkesempatan bertemu.
Catherine ditemui di dalam masjid di kampus ini setelah memeluk Islam di negara kelahirannya German. Beliau bukan pelajar di sini. Keluarganya kurang setuju, namun Alhamdulillah beliau pulang sebelum ini dan keluarganya sudah menerimanya malah menyuruhnya pulang menyambung pelajaran di sana. Menemuinya buat pertama kali atas ajakan teman benar-benar membuat diri teruja dan bershukur amat. Boleh dikatakan beliau amat memerlukan bimbangan yang intensif dan konsisten. Pada malam kami bertemu menanyambut kepulangaannya dari German beberapa minggu dahulu setelah keluarganya menerimanya, benar-benar bermakna. Teman dari Filipina, Palestine, Yaman dan pastinya Malaysia bersama-sama menemuinya.
Alhamdulillah, walau banyak perkara yang ingin dilakukan bersamanya belum berkesempatan harapnya masih berpeluang menemuinya lagi. Pohon dengan sangat, ya Allah. Andai ingin ke sana, suatu perkara yang hampir kepada tidak mungkin. Namun bukan mustahil suatu hari nanti dengan izin Allah.
*Pohon jasa baik sahabat-sahabat pembaca yang ada personal contact dengan mana-mana individu atau keluarga Muslim juga dengan society di German berbentuk pemahaman sohih dan menyeluruh, boleh minta tolong maklumkankan di sini. Ukht Elzahra dan suami terlalu banyak membantu, (Jazakumullah) Alhamdulillah dengan maklumat-maklumat society di sana. Namun andai ada maklumat tambahan terutamanya di Northern German, harapnya minta tolong inshAllah. Kerana beliau Muslimah yang perlu didampingi terus rapat bukan jenis mencari pada ana. Kerana pernah bertanya, ada tak ‘jemaah Muslim’ di sana. Jawap beliau, tempat beliau belajar berdekatan masjid terbesar mungkinlah ada society. Beliau bimbang ketika pulang kali pertama ke German selama dua minggu sebelum ini, tidak lansung bicara diantaranya dan sahabat-sahabatnya menyentuh Allah. Katanya, andai menyebut Allah, mereka akan negatif, jesteru membuatkannya menjadi negatif juga. Terima kasih.
Anekdot III
Pope dan Teks Kuno
Isu Pope di German berucap degan ucapan yang menghina Islam, bukanlah suatu isu baru. Pelik juga bagaimana isu ucapan tersebut sampai ke luar gereja. Terfikir juga akan ini. Pokoknya mudah, gereja tidak boleh dipercaya dan bermain dengan propaganda. Kita terhiris sebagai Ummat Islam, kita juga tercabar. Namun the main point adalah bagaimana mendepani isu ini dengan iman dan intelektual. Jika kita marah bagaimana meluahkannya. Jika kita tersinggung bagaimana pula membetulkan. Perlu diingat dan ana secara peribadi berpendapat isu ini provokasi barat. Kita bertindak ganas, maka seolahnya mengiyakanlah fakta sejarah yang kononnya dari teks kuno yang songsang itu! Bukan tidak boleh kita menyuarakan asa tidak puas hati dengan berdemonstari ianya suatu usaha yang wajar demi untuk mempertahankan maruah Islam. To say to them ” Well, Excuse me Pope, if ypu din’t realize we are here and we are not terrorist”. Tetapi usaha menunjukkan kemarahan itu dengan melampau dan keganasan bukanlah satu tindakan yang bijak. Ianya merugikan kita dan memberi kemenangan ’senyap’ kepada mereka.
Di dalam berjihad dan perang, perlu ada taktik dan strategi dan syarat-syarat tertentu. Kita menegaskan jihad ada di dalam Islam dan tetap akan ada di dalam Islam selama-lamanya. Namun kita bersama dengan jumhur Ulama’ dan mazdhab-madzhab di dalam memahami bilakah jihad patut bermula dan di mana. Selain Palestin, Afghanistan dan Iraq kita tiada lansung haq syarie untuk melancarkan jihad qital kepada kuffar apatah lagi dhizmmi. Jika ingin menentang Bush yang zalim itu, kita tiada hak menentang atau membunuh rakyatnya. Kita perlu memahami akan proses jihad yang pelbagai samada dari sudut ekonomi, pembelajaran dan peperangan dan bagaimana melakukannya agar kita tidak tersimpang dari landasan syara seterusnya mendatangkan fitnah kepada Islam.
Paling penting, berhati-hati kepada provokasi barat dan dalang-dalangnya yang akan sering menggempur semangat dan perasaan Muslim untuk melancarkan perkara sia-sia iaitu keganasan. Mereka sangat bijak membuat strategi. Islam itu aman dan penuh kedamaian. Islam means peace. Paling penting bagaimana ingin membina semula tamadun Islam dengan pemhaman yang sohih dan manhaj yang sohih. Kita; Ummat Islam tidak akan terhimpun di dalam kesesatan. Andai soal aqidah kita masih kabur bagaimana kita ingin bersatu di dalam manhaj dan pemahaman ummah yang salah?
Related link:
> An Articele by Imam Zaid Shakir from Zaytuna Institute: Approching Ramadhan:
http://www.zaytuna.org/articleDetails.asp?articleID=63
Ø Some distinguished Muslim scholars have spook out about Pope Remarks as well the non-Muslim academicians. www.islamonline.net/english/islamic_Audio/topic_01.shtml
Ø A very sweet and touching experience by Bro. Chris Moore on how he embraced Islam.
http://www.reflectonthis.com/about.html
Ø Ramadan is very need to accomplish without TV; so no ‘this stupid box’ during this Ramadan excepts the very good program such as Jejak Rasul etc. Here are an article in Islam Online. www.islamonline.net/English/In_Depth/volunteers/2005/09/07.shtml
Ø Also as an ‘appetite’ before Ramadhan to the young Malay Muslim to know more about our scholars and enrich our soul with love towards them. In www.albazrah.blogspot.com
« Hide it