Feminism: Satu Penolakan Ringkas (I)
22 02 2009 
DUNIA DAN FEMINISM
Isu yang kedengaran di Malaysia sekarang selain dari isu-isu yang biasa kita dengar adalah laungan Feminism. Ketika mendengar ke radio sebentar tadi, yang membincangkan conference tentang hak asasi wanita di Amerika Syarikat baru-baru ini menyedarkan kita betapa salahnya fahaman feminism ini, juga betapa sedikitnya suara wanita Islam yang kedengaran membela kebenaran Islam di dalam isu Feminism. Definasi Feminism atau takrifan nya yang boleh kita nukilkan di sini adalah…
” As a set of ideas espoused by a number of people- men and women- to form a movement whose goal is to attain the full equality of women.”
Jika kita kaji bagaimanakah isu Feminism ini timbul, ianya adalah hasil ledakan daripada revolusi pembebasan hamba juga kesemarataan hak wanita di dalam masyarakat pada kurun ke 18.
” Feminism owes it’s origin to the eighteenth century Enlightenment philosophy of the West.”
Pada awalnya, Feminsim menuntut satu pembaharuaan di dalam diskriminasi wnaita di dalam tamadun Eropah untuk kesamaan di dalam pendidikan, ekonomi dan politik.
Bagaimana wanita di dalam tamadun Eropah, juga doktrin Kristian menjadikan wanita sebagai sehina-hina ciptaan di dalam fahaman mereka. Secagai contoh, di dalam doktrin agama Kristian di Eropah, wanita dikatakan sebagai:-
MALAYSIA DAN FEMINISM
Usah kita langkaukan jauh-jauh. Sedang di Malaysia sendiri betapa hebatnya laungan ini di perbincangkan. Hujah mereka. Kami inginkan persamaan jantina serta menghujam insititusi perkahwinan sebagai penghalang kemajuaan wanita.
Dua minggu yang lepas, isu tentang Feminism ini kami bincangkan di dalam kelas ” Belief System and Ideologies”. Kelas yang membincangkan ideologi-ideologi yang bukan malah tiada lansung di dalam istilah Islam. Bagaimana ideologi Feminism ini adalah salah satu ideologi ciptaan yang bahaya dan telah tersebar ke serata dunia.Yang mana setiap ideologi bagi mereka bertujuaan menyelesaikan masalah, namun sebenarnya mereka mencipta masalah baru pula!
Kedengaran isu tentang bagaimana pemimpin gerakan feminism Malaysia yang dikenali sebagai Sister In Islam ditanya mengapakah beliau tidak mahu berkahwin oleh salah seorang yang menghadiri seminar hak wanita di dalam dua minggu yang lepas; jawapannya: ” Saya tidak mahu menjadi hamba lelaki”.
Alangkah dangkalnya jawapan tersebut.
ISLAM DAN WANITA
Islam dengan segala keindahan dan kesempuranaannya sebagai ad-deen dan cara hidup yang sempurna berasaskan pada dua sumber utama; al-Quran dan Sunnah telah mengangkat darjat wanita ke darjat yang amat mulia.
Adilnya Islam.
” Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh baik lelaki ataupun perempuan sedang ia orang yang beriman, maka mereka masuk ke dalam syurga dan mereka tidak akan dianiayai walau sedikitpun” (An-Nisa’: 124). Juga boleh rujuk di dalam Surah al-Ahzab: 35.
Cantiknya Islam
Bagaimankah kiranya akal manusia yang terbatas ini ingin mengukur persamaan di antara lelaki dan perempuan dengan ukuran mereka. Cuba kita bayangkan. Jika kita ingin membuat satu baju yang fashionable dan hanya untuk wanita, tidak mungkin kita mengukur dengan tubuh lelaki. Mustahil pasti. Wanita dan lelaki Allah ciptakaan berbeza mengikut fitrah masing-masing. Wanita di dalam Islam bukanlah ciptaan yang hina. Malah Islam menjadikan wanita dengan kemuliaan yang telah digariskan, sebagai ibu dan isteri.
Hamba Lelaki
Kata-kata daripada presiden Sister In Islam, Saudari Zainah Anwar dalam akhbar The Star baru-baru ini tentang perkahwinan amatlah melucukan juga mendukacitakan bila difikirkan. Cuba dibayangkan mereka yang melaungkan ingin memartabatkan wanita, namun berkata.” Aku tidak mahu jadi hamba lelaki.” Tanpa disedari dia telah menjatuhkan maruah wanita itu sendiri. Dia secara tidak lansung seolah2 telah mengatakan jadi ibu itu hina. Jadi isteri itu hamba. Secara tidak disedari dia sendiri menafikan kehidupannya sebagai manusia secara biologis. Alangkah!
Pretty Woman
Sedang Julia Roberts, pelakon Holywood terkenal yang berlakon berbagai-bagai filem terkemuka juga menyatakan apabila mempunyai anak kembar yang comel apabila mengahwini seorang jurugambar bernama ‘Danny’ .
” I’m happy and felt my life way so fulfilled, not just happy but fulfilled”.
Bezakan. Seronok boleh ditakrifi secara retorik.Mungkin sahaja mereka yang mengatakan mereka seronok .dengan melakukan perkara luar dari fitrah manusia<!–[if !mso]> st1:*{behavior:url(#ieooui) } <![endif]–> seperti perkahwinan sonsang, seks bebas, hubungan luar tabie dsb. Tetapi terisi bahagia hidup adalah dengan perkahwinan mengikut fitrah dan hukum Allah
Ini sunnah
“ Barangsiapa yang mempunyai anak perempuan lalu ia mengajarkanya dan mendidiknya dengan baik, maka anak itu kelak akan menjadi tabir yang melindunginya dari apineraka.” Hadith Riwayat Bukhari.
Not to forget
” Kesenangan dunia yang paling baik ialah isteri yang solehah; kalau engkau menoleh kepadanya, maka engkau merasa gembira, dan kalau engaku bepergian, maka ia menjaga nama baikmu.” (Muslim, Ibn Majah)
Begitu juga banyak lagi dalil-dalil dari al-Quran dan Sunnah tentang tingginya darjat wanita di dalam Islam. Menjadi isteri bukanlah menjadi hamba pada lelaki. Jauh sekali. Menjadi isteri adalah tugas yang mulia. Ketaatan pada suami bukanlah sesuatu yang membebankan namun ianya ditunaikan atas rasa tanggungjwb dan amanah. Malah, secara psikologinya, manusia memang memerlukan teman, dan perkahwinan melengkapkan pakej mencapai kebahagiaan dan barakah juga ketenangan hidup andai benar-benar mengikut landasan syara’ yang matlamatnya hanyalah Redha Allah.
Lelaki suka mendera wanita?
Nanti dulu. Sikap sesetengah lelaki yang mendera wanita dan menjadikan mereka sebagai hamba sahaja bukanlah ajaran Islam. Mari kita lihat apa yang Rasulullah s.a.w telah bersabda..
” Paling sempurna kaum mu’minin terhadap keimanannya ialah yang terbaik budipekertinya di antara mereka itu dan yang terbaik di antara kaum muslimin itu ialah yang terbaik sifatnya terhadap kaum wanita..” (Tarmizi)
Lihat sahaja Rasulullah s.a.w melayan isteri-isterinya. Bagaimana lembutnya Baginda terhadap mereka. Malayan Saidatina Aisyah r.a bermain, menghormati, menyayangi malah mengiktiraf mereka di dalam medan ilmu dan jihad.. Saidatina Khadijah, pemangkin perjuangan Rasulullah s.a.w. saidatina Aisyah, antara perawi hadith yag paling banyak. Malah sumbangan wanita di dalam medan jihad juga tidak dapat dinafikan. Khansa’ yang menyerahkan ketiga-tiga anaknya sebaga mujahid dan pulang sebagai syahid. Namun senyuman gembira yang terpatri di bibirnya.”Telah aku tunaikan janjiku pada suamiku”. Juga Khaulah al-Azwar tegarnya berselubung hitam mendesah sahra’ menyerang musuh…
WANITA YANG BAHAGIA
Wanita dengan segala kelembutan dan fitrah yang telah terpatri di dalam hukum biologis memang ditugaskan mendidik anak, melahirkan anak-anak. Namun tanggungjawab ini bukan terbeban di atas pundak wanita sahaja, malah ianya tanggungjwb yang dipikul bersama; suami isteri. Namun memang Islam itu sudah cukup sempurna, walaupun andai ditanya, sebagai perempuan sendiri lebih cenderung untuk duduk di rumah shj. Namun ianya tidak sedikitpun menafikan hak wanita di dalam meyampaikan ilmu, menuntut ilmu juga berdakwah dengan garis-garis yang dibataskan syara’ dan aman pula dari fitnah. Namun wanita mendidik anak adalah tugas utama dan sangat mulia..
Ganjaran menjadi isteri yang solehah juga pendidik anak-anak yang mana tunjang utama hidup seorang muslimah adalah Redha dan syurga Allah yang tidak dapat ditukar ganti dengan satu apapun di atas muka ini.
Ringkasnya, ikut sahaja garis panduan Islam! Isu penderaan, penindasan juga lain2 isu yang dibangkitkan oleh ideologi Feminist akan hilang dengan sendirinya..Andai sahaja mereka itu melihat dan bertadabbur melihat al-Quran dan Sunnah.. Namun ideologi ini amat perlu diteliti dan diperhalusi serta wanita-wanita Muslimah perlu bersuara secara syarie’ mengatakan ianya bukan dari Islam.
REALITI
Namun begitu, kita perlu mengambil perhatian bilamana isu-isu yang dibangkitkan oleh wanita-wanita pendokong ideologi Femenism ini kebanyakannya bertitik tolak dari ketidakadilan kepada wanita yang pernah berlaku sendiri kepada mereka. Ianya diakui sendiri oleh kebanyakan pendokong ideologi Feminisme. Selain itu, kita perlu mengakui institusi kehakiman Syariah juga Jabatan-jabatan agama masih lemah dalam menangani isu-isu berhubung wanita. Proses penceraian, fasakh lambat di selesaikan, isu nafkah tertunggak, penderaan wanita dan seksual juga masih berada di lingkungan yang membimbangkan.
Tetapi, ianya bukanlah alasan untuk kita mendekati satu fahaman yang bukan berasal dari fahaman Islam tetapi kita berganding bahu mencari jalan penyelesaian semaksima mungkin demi memastikan hak-hak wanita Islam yang sangat dititikberat juga dipelihara Islam akan terpenuhi.
Ingat! Islam itu sempurna namun pelaksanaan kepada kefahaman Islam itu yang mendatangkan persoalan dan terbuka kepada kritikan umum. Seperti yang diakui daripada kaedah al-ahkam.
” Sesuatu itu dinilai bukan kepada namanya, tetapi kepada pelaksanaannya”
PENUTUP
Bagi wanita andai anda ingin mencari kebenaran dalam situasai zaman moden ini yang semakin kritikal dan mengelirukan dengan pelbagai persoalan dan masalah adalah dengan menelusuri sirah sahabiah wanita-wanita salaf-soleh. Mereka itu sebaik-baik contoh yang berjaya sebagai isteri, ibu-tarbiyah- dan pendokong ilmu dan dakwah. Manfestasi utama, membawa manusia iaitu anak-anak mengenal Allah sebagai Pecipta. Setiap ujian yang Allah beri, walau berbeza zaman dan masa ianya tetap kembali kepada Al-Khaliq. Allah yang ESA. Membuatkan kita mengingatiNYa harus, kembali kepada asal kewujudan manusia iaitu SUBMISSION TO ALLAH THE ALMIGHTY
Setiap penciptaan Allah ada hikmahnya bagi mereka yang berfikir. Sains diselongkari manusia melalui kajian, namun rahsia penciptaan alam ini tidak dapat menjangkau rahsia-rahsia yang lain. Jesteru, bagaimanakah kira-kira akal kita yang sejengkal semata dapat menyelam akan tujuan penciptaan manusia Allahu…Allahu.
[1] Roy C. Macridis, Contemporary political Ideologies, Pg. 24.
[2] Zeenath Kausar, Modern Western Political Ideologies, an Islamic Critique, Pg. 132.
[3] Al-Mauduwi, Syed Abul A’la, Purdah and Status Women in Islam, Pg. 4.
.




























Salam kak,
very nice article. Akak tak nak train adik2 untuk perjuang isu feminism ni ke?
Kalau nak paper, saya perlu email akak dulu.
Mohon izin akak link kan dalam my blog ya? Fuh, hebat nya buah fikiran anda! MasyaAllah!
Rausyanfikir,
Biasa sangat saudara Wan tulisan ni. Sebenarnya ada perbincangan dibuat dan perancangan dengan sahabat-sahabat. Termasuk seorang sahabat yang menulis thesis berkenaan hadith yang dikatakan tidak adil pada pandangan feminis di Malaysia. Beliau pergi menemuramah sendiri anggota SIS di pejabat mereka.
Sekarang, platform ada, cuma masih lembab pergerakannya. NGO-NGO tertentu.
Saudara ada cadangan?
Email kami: salmanamiruddin @ gmail.com
Nur
Saudari Fakhzan,
Akak, sangatlah biasa sahaja. Rasa segan pula. Tiada apa sangat pun. Sekadar idea biasa sahaja.:)
saya ada juga menulis artikel tentang agenda ‘perjuangan’ sis yg terbaru..
ingin berkongsi sekali.
http://youmusthink.blogspot.com/2009/02/polemik-kesaksamaan-wanita.html
ustazah-engineer: Ana telah lihat, baca dan komen. Sungguh luar biasa penulisan ukht!:)
salam ukhti sumayyah, salam kenal
wahh! banyak juga ya artikel2 bermanfaat dalam blg sumayyah ni. belum sempat membacanya lagi. boleh bagi email address? nak taa’ruf =)
ummimusa:Salam kenal juga. Biasa je kak. Rasanya when I become a mother later, I will gonna babbling more then writing. Just the way I love.LOL.
Tulisan ni dah nak dekat tiga tahun. Lama tuh! Inshallah, boleh je. Most welcome! I’m gonna email it, ok.