Talaqqi & Kulliyah: Proses Mencipta Rangka Dan Kematangan Ilmu

Memetik antara isi entri Takut Jadi..Takut Tak Menjadi:-
Malah dengan pemikiran agama beku dan mentah ini, percubaan untuk mendaulatkan Islam menjadi dungu dan tidak sekufu dengan pembela-pembela idea bukan Islam yang fikirannya kaya dengan kematangan dan kebijaksanaan berhujah.
Inilah fitnah besar ke atas Islam!
Semuanya bermula dengan jenayah akademik pelajar bidang Pengajian Islam yang memandang remeh kepada proses pembelajaran mereka semasa di bangku pengajian.
Berkatalah yang benar, biar pun pahit terasa”
Sudah lama saya ingin membuat satu entri berkaitan Talaqi. Hasrat yang hanya berkubur di minda itu subur kembali apabila membaca tulisan Ustaz Hasrizal bertajuk “Takut Jadi.. Takut Tak Menjadi”.
Sebagai Azhariyah ataupun siswi yang pernah menuntut di kampus tertua dunia itu saya terpanggil. Saya berasa terpanggil membuat satu tulisan susulan berkenaan konsep talaqqi di Mesir dan pertembungan yang dikatakan berlaku antara kehadiran di Kulliyah, persatuan dan pengajian Talaqqi secara umumnya.
Namun kesihatan yang masih belum pulih hanya dapat membiar hasrat terbuku di dada. Buat masa ini, saya hanya menampal komen pertama suami di alam maya sejak dari lahir hingga ke saat ini. Itupun setelah kami berdiskusi berkenaan tulisan tersebut dan pandangan beliau melebihi jangkaun apa yang saya fikirkan.
Selaku di antara yang pernah menjejakkan kaki di pasir sahrawi lebih lama dari saya iaitu memakan masa hampir enam tahun berbanding empat tahun bagi saya, pandangan suami nyata memberi impak berbeza.
Suami di Kuliiyah Tib @ Perubatan.
Saya Azhariyyah.
Saya seorang wanita yang batasnya sungguh dihimpit pelbagai peraturan semasa di sana. Beliau, lelaki yang langkah dapat diatur seribu mengutip sekian mutiara di tanah lewat jejak anbiya’ itu. Beliau, guru bahasa Arab dan kamus perubatan saya. Oh tidak, kami tidak kenal apatah lagi pernah bertemu di bumi Mesir sana. (Ada kaitankah?).
Saya meminta suami (menggesa mungkin) menurunkan komen pertama beliau di alam maya di bawah entri tersebut lewat perbincangan kami. Semasa suami menulis, saya dilarang melihat. Saya terus sahaja ke dapur. Memasak.
Hasilnya:-
Sekadar perkongsian pengalaman belajar di Mesir walaupun bukan di dalam bidang pengajian islam, juga perbincangan dengan sahabat-sahabat azhari yang adil dalam memberikan pendapat dan pandangan
Pertamanya, kita perlu melihat isu ini dengan pandangan proaktif dan konsruktif, bukan untuk ‘membedah’ dan ‘membuka pekung’ mana-mana pihak, lebih-lebih lagi bagi azhari.
Pembaca juga perlu merasakan isu ini satu kelemahan bersama yang perlu sama-sama di perbaiki dan bukan kelemahan satu pihak yang hanya perlu di persalahkan.
Kedua, ianya kembali kepada persoalan ilmu dan cara pengambilannya agar ianya sahih, di fahami dengan kefahaman yang betul(input), luas dan mendalam perbahasannya (proses) agar outputnya iaitu ta’lim dan dakwah itu benar-benar berkesan.
Menurut pemerhatian ana, ramai orang yang bercelaru dalam pengambilan ilmu kerana mereka jahil dalam disiplin ilmu itu sendiri. Setiap ilmu ada disiplinnya samada dari segi pengambilannya dan aplikasinya.
Contohnya, dalam isu ini, di lihat seolah-olah timbul pertembungan antara kuliah dan talaqqi,sedangkan ianya saling melengkapi. Talaqqi yang istiqamah dari awal kitab hingga ke akhir kitab akan membentuk rangka ilmu dan kuliah yang di hadiri dan di partisipasi perbincangannya akan mengisi rangka ilmu yang terbentuk tadi menjadikan ianya satu ilmu yang matang dan berdaya tahan menghadapi cabaran ilmu (seperti tasykik yang di timbulkan oleh orientalis ataupun orang yang jahil).
Kedua-duanya sumber pengambilan ilmu.Tinggal lagi barakah dan taufiq dari Allah yang akan memberikan kesan dan bekas pada manusia yang mendengar perbahasan ilmu tersebut. Tetapi sekiranya salah satu sumber ini di pinggirkan, maka lahirlah golongan agama yang cetek dan dangkal pemahaman agamanya, sedangkan merekalah yang di harapkan untuk menjaga AMANAH ILMU ini.
Ini dahulu buat masa ini, agar kita berfikir.
Namun, hanya satu fakta yang tidak mungkin berubah. Walau telah menyambung pengajian Ijazah Sarjana (Master) di Universiti Islam Antarabangsa, cinta saya tidak berubah.
Saya cintakan Al-Azhar lebih apa yang ada di dunia ini. Saya cintakan bumi Mesir hingga pernah melangkaui cinta pada tanah air sendiri. Jika diberi pilihan, tetap saya ingin ke Azhar.
Mohon doa, agar lekas sembuh supaya ibadah dan amal dapat berjalan dengan sempurna. Terima kasih.

khairaummah on 15 Nov 2008 at 9:50 pm #
salam alaik.
sy pun cinta mesir gak! dan cinta Al-Azhar gak! :D
syahidah on 16 Nov 2008 at 2:50 am #
Assalamualaikum ,
Saya benar-benar ingin tahu adakah kenyataan
“ramai orang yang bercelaru dalam pengambilan ilmu kerana mereka jahil dalam disiplin ilmu itu sendiri. Setiap ilmu ada disiplinnya samada dari segi pengambilannya dan aplikasinya.”
turut membawa erti terhadap kecelaruan pengambilan ilmu sains dan teknologi .Maksud saya pelajar bidang sains dan teknologi yang terumbang-ambing akademik dan jika bagus sekalipun hanyalah di atas kertas semata-mata.
Fakhzan Marwan on 16 Nov 2008 at 6:45 am #
Salaams Alqasam,
I have been to Cairo, but in a careless way, I have never been to the al-Azhar University, eventhough that was my initial and the only niat for going there. Going with my parents and lots of elder people is one of many reasons contributing to the fact. Owh I long to study there, but with my very limited vocab in Arabic, it doesnt seem posibble, so I thought.
BUt been there, even I dont have a privilege to step my humble feet on the Al-Azhar ground, just a knowledge that I’ve been to an honoured ground, is one of the best moments in my entire life. And like you my dear, I love it, love it more than life itself.
Salman on 16 Nov 2008 at 7:01 am #
@Syahidah:
Setiap ilmu mempunyai disiplin yang tersendiri. Setiap ilmu juga ada usul (asas/prinsip) dan ada furu’(cabang/aplikasi).
Seseorang yang menguasai dan memahami asas bagi sesuatu ilmu akan mampu mengaplikasikan ilmu tersebut ke alam nyata dan bukan sekadar meluahkannya di atas kertas.
Sebagai contoh, seorang ulama’ yang benar-benar menguasai ilmunya akan mampu menyelesaikan pelbagai masalah ummah yang mendatang dengan mengaplikasikan ilmunya. Begitu juga seorang ahli sains yang menguasai asas ilmu sains akan mampu berinovatif mencipta teknologi yang baru juga dengan mengaplikasikan asas ilmu yang di kuasai dengan baik.
Ilmu yang di hafal semata-mata tanpa di fahami dan di bincang sehingga matang takkan mampu mengubah apa-apa. Ilmu yang tidak mengubah tidaklah di kira sebagai ilmu yang bermanfaat.
ibnurashidi on 16 Nov 2008 at 7:12 am #
Salam..
Syukran di atas jemputan untuk ke sini.
Talaqqi, Kuliah, Program semuanya mempunyai kepentingan dan kebaikan tersendiri. Pokok pangkalnya bijak membahagi masa supaya lebih teratur dan sistematik. Menjadi masalah bila tidak mampu mengawal aktiviti sebaik mungkin.
Saya bersetuju apa yang disebutkan oleh suami puan. Setiap sesuatu itu saling melengkapi. Soalnya kepandaian dalam mentadbir diri itu sendiri, supaya hasilnya kelak punya kualiti tersendiri. Selain ilmu, pengalaman juga merupakan perkara berharga sepatutnya dikutip bersama tanpa mengabaikan salah satu daripadanya. Sekian. Wassalam.
Ummu Saifullah on 16 Nov 2008 at 7:14 am #
Assalamualaikum,
I think i met you once in IIUM in front of Babush. You called me Mak Cik- you were just 20 years old then and you were doing Master already. i was 21 when i started my Master and graduated when i was 23 after i took a semester off to give birth to my first son, Saifullah. Now Saifullah in IIUM also. No i’m not teaching at IIUM but doing my PhD.
Mak cik tak pernah belajar Islam secara talaqqi atau pun secara pergi kekelas. Mak cik hanya nak kongsi pengetahuan. Mak cik suka membaca buku Islam translated by Westerners sebab senang difahami dengan lebih mendalam. Kenapa ya? sebab kebanyakan buku terjemahan mereka adalah hasil talaqqi dan menghadiri kelas. Di Harvard ada kelas yang dipanggil classical books. mereka akan baca buku bahasa Arab spt buku tulisan al-Ghazali line by line dan akan cuba memahami apa yang akan disampaikan melalui perbincangan dalam kelas. Apabila terhasil translation dan comments dari students, mereka akan di hadiahkan dengan sebuah PhD.
Even though they just described what is for the wrong reasons but they described it well for the benefits of people like me to just collect the pearls harvested by them one by one. knowledge is knowledge of the purpose of seeking knowledge.
hana on 16 Nov 2008 at 9:53 pm #
salam,
you’re still not feeling aren’t you?
perhaps this is just a symptom of transition from single to married person.
anyway i wish you will get better soon.
take care of yourself ok.
suddenly i remembered the time we spent to ‘kuliah agama’ at bandar sunway.
dhuat on 18 Nov 2008 at 7:57 pm #
Jom ke blog saya dengar Rakaman Untuk Dunia siri ke 11.
Hmnn ingat nanti nak jemput suami Alqasam ke dalam rancangan Rakaman untuk dunia.Boleh tak?
haidar on 19 Nov 2008 at 1:54 am #
syukran atas nasihat dan perkongsian pengalaman…insyaAllah ana akan mengambil seberapa bnyk istifadah yg ade di bumi mesir ini..ana pun baru je lbh kurang dua bulan di sini..byk lg yg perlu diteliti dan diperhalusi agar tidak tersilap langkah..skrg tgh sibuk persiapan exam sem 1..doa2 kan lah utk org2 malaysia di sini
@Khairaummah: Itu sudah semestinya dik.
@Syahidah: Suami akak dah tolong jawabkan di atas.
Fakhzan: Really? But its ok dear. They will always be next time. Maybe with your other half one day? InshAllah.
Indeed, I love it too more than life itself.
Ibnurashidi: Benar. Displin diri itu kunci utama. Namun inshAllah ana berhajat ingin mengupas dengan lebih detail lagi di entri akan datang akan masalah ini.
Ummusaifullah: Really? MasyAllah I really can’t recall you, I’m so sorry. I was 19 when taking the master but has to take English course for about one semester. Yes and I started taking class when I was 20.
About the talaqqi, yes I agreed with your point.
“Even though they just described what is for the wrong reasons but they described it well for the benefits of people like me to just collect the pearls harvested by them one by one. knowledge is knowledge of the purpose of seeking knowledge.”
Apa yang Ummusaifullah sebut regarding in Harvard that what we called orientalist, and they somehow learn indepth more about our prominent scholar and religion more than we ourself.
The traditional way of learning sometimes is far better than all the technicality which is sometimes just let the learning process only at surface.
Glad to have your thought share here. Please do coming more often.:)
syahidah on 02 Dec 2008 at 8:47 pm #
Terima kasih.