Di luar hujan turun dengan lebat.

Tekak terasa kering.

Kepala terbeban berat.

Berpinar.

Badan kurang sihat.

Namun masih stabil.

Walau tahu sudah dalam keadaaan begini saya tetap menjamah rambutan yang dibeli suami tengahari tadi..

“Mengapa rambutan membuatkan tekak kita kering.?” Saya bertanya suami.

Katanya, kandungan gula tinggi dalam rambutan menyerap kandungan air dalam badan.

Saya mengangguk namun saya tetap juga menjamah buah itu petang tadi.

Namun sekadarnya sahaja.

Almaklumlah saya yang naif lagi hingusan  tentang perubatan memang wajar jahil tentang kesihatan. (Ada kaitankah?).

Hujan makin turun dengan lebat di luar.

Forum Nikah Tunai di Kelantan yang antara ahli panelnya Ustaz Hasrizal rupanya malam ini.

Walau hujan turun dengan murahnya malam ini, streaming lancar sungguh.

Tersepit di antara tuntutan menghabiskan bacaan beberapa kitab, saya memilih mendengar forum malam ini.

Kebetulan suami bertugas di Wad Kecemasan sejak tengahari hingga 10 malam ini.

Sementara menunggu.

Tekun. Saya mendengar.