Kelmarin dia menangis lagi. Kali ini dia benar-benar menghambur segala rasa. Bagai terluah segala yang menyakitkan. Dia mahu keluar dari lubang itu. Lubang yang dalam, yanag andai terjatuh betapa payahnya mahu mendaki kembali semula. Betapa jerih membersihkan lumpur dan selut itu.

Dia telah sedaya munkin mencari jalan yg bukan mudah untuk keluar dari lubang itu suatu masa dahulu. Kali ini dia telah terjatuh lagi. Setelah dia menatap indahnya langit ciptaan Tuhan. Setelah dia menghirup wanginya haruman bunga. Setelah dia cicipi nyamannya bayu menghembus kalbu. Setelah dia nikmati bahagianya hidayah Allah. Dia teresak disampingku.

Tangisannya pecah jua.

Dia sudah serik melayan dosa. Pedih bila hati disakit noda. Tajamnya membuat taqwa jerih menahan pedih. Taqwa sudah lama menyimpan tangisan sendiri. Dia menanti-nanti bilakah dia akan kembali seperti dulu. Sensitif dengan dosa. Mesra dengan cinta Tuhan. Hingga mulusnya hati dibelai Redha Allah yang tiada taranya. Andai menangis, bahagia dengan Rahmah Allah. Andai takut, tenang dengan maghfirah Allah. Andai rindu, pohon  pada kasih Allah. Andai cinta, cinta pada pertemuaan dengan Allah.

Dulu, dia benci melihat mereka.

Jiwanya akan meraung memohon mereka menhentikan segala yang menyakiti dan mencabar kuasa Allah. Dia tidak suka melihat mereka membalas luasnya nikmat Allah dengan murahnya diri mereka. Dia hairan bagaimana mereka menilai setiap detik nadi yang diberi dengan hamburan dosa yang tidak dianggap menyakitkan.

Pelik bagaimana tidak malu seorang hamba menikmati  nikmat Allah lantas meracuni pula nikmat itu dengan kepahitan yang merosakkan jiwa. Aneh bagaimana mereka boleh memikirkan mereka akan selamat andai diri tidak pernah memikirkan untuk bertaubat. Ajeb, bilamana mereka dengan bangga melakukan dosa, mengundang marah Allah dengan rasa takabbur itu. Apakah mereka akan jawab di hdapan Allah nanti. Dia juga. Aku juga. Bagaimana jawapan kita di hadapanNya nanti. Aduhai! Bagaimana?

Memang, Allah itu maha pemberi Rahmah. Rahim pula. Namun, andai kita yang tidak dijamin syurga boleh bersenang dengan hiburan dunia, manakan pula sahabat- sahbat Rasulullah s.a.w yang dijamin syurga pengsan takutkan Allah. Letai menginagti mati. Luluh jiwa dengan zikrullah. Risau andai diri dipinggirkan dari Redha Allah. Bergetar urat nadi, dengan khauf dan raja’. Mereka itu. Yang dijamin syurga.

Kita apatah lagi. Kita di mana?

Namun itu dulu.

Kini, jiwanya hampir-hampir kering melihat semua itu. Nafsu pula yang seakan-akan tunduk pada perbuatan mereka. Iman semakin layu pudar serinya  menyaksi dosa di depan mata. Atma  tidak lagi mengaduh sengsara melihat mereka. Dia juga. Tidak seperti dahulu lagi. Bercempera tarbiyah dari Tuhan suatu ketika dahulu.

Dia menangis lagi.

Dia ingin kembali. Dia mahu keluar dari lubang itu. Sekali lagi. Dan dia tidak ingin terjatuh lagi. Dia ingin dekat-dekat dengan Allah. Bahagia dengan Allah. Walau dia kalah pada nafsu yang meraja diri, tapi dia ingin mencari denai-denai untuk mendaki keluar dari lubang yang dalam itu. Dia ingin tetap membenci mereka yang tidak malu pada Allah, namun sayang pada diri mereka sebagai hamab Allah. Basah pipinya, mengalir air mata taubat.

“Ana lastu im’ratun mulatizimah bid-deen”.

Aku merenungnya dalam. Penuh kasih. Melihat tubir matanya basah merah. Kagum metah. Berfikir dan bertadabbur. Bila hati masih merasa sesal dengan dosa. Itulah nikmat Allah yang luas hebatnya. Syukur Alhamdulillah. Mu’min tidak akan jatuh ke lubang yang sama sebanyak dua kali. Kita tahu itu. Aku hairan mereka yang melihat sahabatnya jauh dari Tuhan, namun hanya memandangnya dengan sebelah mata.

Kata mereka ” Kami sayangkan dia. Kami risau dia terasa hati. Jauh hati dengan kami”. Oh kita ingin hanya bersuka-suka dan menangis dengan dunia dan hanya di dunia. Tidakkah kita mahu tertawa-tawa di dunia juga  di akhirat sana. Berteduh di lembayung di hari tiada lembayung kelak. Bergembira bersama di dalam syurga Allah, di sinari Redha Allah. Aku tidak ingin hanya tertawa bersama di dunia, namun ingin bersama di lembah sana.

CintaNya, atasi cinta seisi dunia. CintaNya, buat kita bernafas di alam maya. CintaNya, tiada harga, tiada tara. CintaNya bukan cinta biasa. TanpaNya, tiada erti hidup kita  Balas cintaNya hanya taqwa jua taat padaNya. Itu sahaja. Susah benarkah?

Cinta, bukan sekadar dirasai namun dibuktikan melalui amalan diri. Taat, taat, taatlah wahai hamba jua diri. Istiqomah dengan taqwa. Usah mudah mencipta alasan.

Atau cinta kita padaNya sekadar retorik penyedap rasa dan bahasa? Atau hipokrasi diiringi larangan-larangan Tuhan, dan alasan picisan?

p/s: Sebuah tulisan lama dari laman blog yang lama. Tentang dia dan kita. Sebuah entri susulan entri “Dia Yang Ku Kenali“.