Rumahtangga Dan Ibadah

Dalam tulisan Imam Al-Ghazali  Kimmiyah As-Sa’adah atau The Alchemy of Happiness ada menyentuh tentang duduk letaknya perkahwinan adakah menyebabkan dekatnya atau jauhnya seseorang kepada Allah. Menariknya, dalam buku ini, Imam Al-Ghazali menyentuh sisi positif dan negatif tentang kesan perkahwinan dalam proses sesorang hamba mengenal Allah. Perkara yang sama selalu kami suami isteri bincangkan adalah di antara kesan perkahwinan itu tetap sahaja boleh membawa kelalaian ataupun menjadi punca ibadah bagi seseorang hamba. Seperti yang diperbahaskan oleh sekian ulama’ kita di antaranya Imam Ghazali dalam buku di atas.

Imam Ghazali menceritakan:-

“Melalui perkahwinan setiap pasangan akan berasa ketenangan dan ketenteraman. Duduk bersama dan memperlakukan isteri dengan baik merupakan perbuatan yang memberi kita rasa santai setelah melakukan tugas-tugas keagamaan. Dan, setelah itu kita bisa kembali beribadah dengan semangat baru.Itu yang dilakukan oleh Nabi saw ketika menerima beban wahyu yang berat, Baginda menyentuh Aisyah r.a dan bersabda:

” Bicaralah kepadaku wahai Aisyah, bicaralah!”.

Baginda saw sendiri menyedari bahawa sentuhan kemanusiaan akan memberi semangat dan kekuatan  untuk menerima wahyu-wahyu baru.

Begitu juga Abu Sulaiman berkata:

“Isteri yang baik tidak hanya menjadi Rahmat di dunia ini, tetapi juga di akhirat, kerana ia memberikan waktu lapang kepada suaminya untuk memikirkan akhirat.”

By Person On Flickr

Aspek penting di yang diungkapkan oleh cerita-cerita di atas bahawa amat penting sebuah keseimbangan dalam menyalurkan perkara halal itu sendiri dan semuanya harus dinilai dengan neraca syukur dari duduk atur seorang hamba. Perkahwinan adalah ibadah, jesteru dengan melaksanakan ibadah Sunnah ini, perlulah dengan ia meningkatkan perhambaan dan kualiti kita sebagai manusia. Sebagai contoh, seorang isteri wajarlah menggalakkan suaminya melaksanakan solat  berjemaah di masjid pada masa-masa yang digalakkan menurut Sunnah saw iaitu selepas subuh dan isya’, melakukan kerja-kerja dakwah dan kebajikan dan lain-lain lagi menurut aspek kemasyarakatan.

Proses peningkatan kualiti kehambaan dan manusia menerusi perkahwinan perlu dipandang serius oleh kita, kerana ramai tidak sedar mungkin seperti Imam Ghazali ra menyentuh bahawa perkahwinan andai tidak dipimpin dan disalur dengan baik boleh juga melalaikan manusia dari mengingati Allah.

“Kesan negatif  muncul ketika urusan keluarga memalingkan seseorang dari mengingati Allah. Seringkali urusan keluarga menghalang manusia untuk memusatkan perhatiannya kepada Allah dan akhirat. “

 Pesan Imam Ghazali ini ada kesinambugannya ketika saya simpulakan bahawa beliau menggalakkan perkahwinan bagi mereka yang dapat memahami konsep ibadah dengan sempurna iaitu perkahwinan adalah ibadah. Jesteru, ibadah tidak mungkin bercanggah dengan ibadah ( perkahwinan) melainkan jika kita meminggirkan konsep ibadah khusus dan umum yang sepatutnya selari dan sekata.

Imam Ghazali menyarankan:-

1) Mereka yang berfikir bahawa dengan tidak menikah ia akan dapat melaksanakan ibadah dengan lebih baik, dia boleh membujang, dan mereka yang takut jatuh ke dalam dosa jika tidak bernikah maka bernikah menjadi jalan terbaik baginya.

2) Untuk menjamin perkahwinan menjadi jalan keselamatan, seseorang harus memilih calon isteri yang mempunyai kesucian akhlak.

Selari dengan pesan salah seorang pensyarah di UIA yang mana menyentuh tentang bagi beliau, al-ahl atau keluarga antara perkara yang melalaikan manusia. Beliau, Ustaz Yasir seorang pendokong Sunnah yang kuat menerangkan kepada anak-anak murid beliau dalam satu seisi ” Talk About Heart”.

Jesteru, memahami konsep dan pengertian perkahwinan dan kaitannya dengan ibadah. Memahami keutamaan dan pengurusan masa amat penting bagi mereka yang ingin meningkatkan kehambaannya melalui perkahwinan. Ingat, bagi wanita kita punya senjata untuk melemahkan dan menguatkan lelaki samada bergelar isteri atau tidak. Gunakanlah senjata untuk pada perkara yang harus, menunaikan yang wajib dan halal sahaja.

‘Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan… ‘

(An-Nisa’:1)

Pelbagai

Banyak yang saya ingin tulis sebenarnya. Semuanya telah saya atur dan susun dalam kepala. Daripada isu perfileman Melayu, budaya pemakanan dan kesannya kepada penumbesaran anak lelaki kita juga kepada pertemuan saya dengan Syeikh Rohimuddin lewat minggu lepas. Saya dan suami bagai mendapat satu anjakan baru dan simbahan cahaya yang menyegarkan menghadiri Haul Imam Haddad di Masjid Terapung yang dihadiri oleh Yang Mulia Sultan Mizan  dan Sultan Ulama’ Habib Syatiri juga mendengar pesanan dari Syeikh Rohimuddin sendiri di Daurah Memahami Tasawwuf. Alhamdulillah, impaknya mengesankan. Hujah beliau penuh intelektual dan sarat makna seperti biasa. Moga doa dan dizkir menjadi amalan berteruskan kami suami isteri. Moga saya dikurniakan kelapangan untuk menulis.